Wednesday, March 28, 2012

testimoni : Everlynn Skincare 3

Alhamdullillah semakin mendapat perhatian Everlynn kini...malas nak taip panjang panjang, jom tengok testimoni =)


"testimonials : Kak ct dah lama guna everlynn sejak mula dikeluarkan lagi...semua dah beli,baik skincare,serum malah mask dah byk kali akak repeat...memang best everlynn
 nih...dulu wajah akak kusam,kulit kering dan lesu...kini setelah hampir 2 bln lbh akak guna everlynn,wajah akak semakin licin,gebu,jerawat pun cepat mengecut dan yang paling penting suami akak sukakan kulit muka akak sekarang...thanks everlynnn...akak pasti akan terus menjadi pengguna setia anda..."



after 3weeks using EVERLYNN skincare set+ collagen serum.."pas cuci muka tu kan...kulit jdi lmbut jer...x tau nk ckp mcm mna.yg paling ketara parut jerawat kt dahi dah x da, jerawat pasir pon da kurang...muka pon nmpk bersinar2 je..hehe..asyik nk tgk cermin je" ..



"3 minggu guna set skin everlynn yg complete 4 items"
yeahhh ada banyak lagi testimoni yang bakal dikongsi kemudian..buat masa ini, yang ini dulu ye..

jika ada sesiapa di sini yang ingin mencuba Everlynn seperti yang disenaraikan kat tepi nih, sila hubungi saya 017 2156687 / 017 3009638 Lily wahab

jom la cuba lovelies !

Monday, March 26, 2012

Pencarian Model Fareeda 2012

berakhir sudah segala penantian selama ni..bertempat di Shah Alam Convention Centre Mall jam 3 petang tadi berlangsung Finale Pencarian Model Fareeda 2012 !
ada macam ayat wartawan Bernama? wakakaka

tapi jom tengok gamba yang sempat saya tangkapp duluu..






dan paling utama

 haruslahhh dengan tokey fareeda..tapi gambar banyak kabur lorh.. kene beli dslr la nampaknye pasni..sekian terima kasih !

dannn yang paling paling penting




mestilah aku ! dah nama pun belog haku kann..wajib ada gambarku ! auwwww

Saturday, March 24, 2012

testimoni : Everlynn Skincare lagi =)

hello there !
nak kongsi beberapa testimoni dari penggunaan Everlynn ni..
jom tengok

 beliau menggunakan skincare set + serum collagen..seterusnya,

 yang ni pula beliau menggunakan serum collagen..seterusnya, 

beliau menggunakan set skincare Everlynn..

dan yang ni mesti ramai kenalll..sapa yang giler fareeda tu MUSTAHIL tak kenall

beliau Azalia Firdina..model FAREEDA..beliau menggunakan set skincare + purifying treatment cream + mask collagen..

haa jom la cuba Everlynn
hubungi saya 017 2156687 lily wahab or add fesbuk saya macam kat tepi belog ini..

Everlynn : skincare that care your skin

renjis 2012 : Fazila & Tamam

renjis renjis dipilis..ditepungi la mawar..lalalala sebelum aku nyanyi jadi lirik sukati aku baik aku diam je dan terus menaip..


majlis berlangsung di sekitar ayer tawar, perak dan aku sampai sehari awal sebelom majlis iaitu jumaat malam tu dalam pukul 10-11 malam macam tu..datang datang terus makan pastu zila bawak kami pegi tido kat umah abang dia yang dekat aje tu..


pagi pagi tu aku bangun aje, terus pakai inai..gedik tak aku nokss? dah la tu pengantin plak tu yang pakaikann..




haa sentap tak tengok? bukan tangan aje tau..dengan kaki kaki sekali aku pakai..wakakakaka
snow white pakai inaiii, u !


tema zila warna purple, baju memang gojes..tapi yang aku pasan tahun ni ramai pakai purple gelap untuk wedding tapi siyes cantik sangat












heee at the end of the story mestilah ada gamba i sorang sorang kannn


^__^

Sunday, March 18, 2012

testimoni : Everlynn Skincare

jika sebelum ni asyik upload testimoni Chahaya, okay sekarang saya upload pula testimoni penggunaan Everlynn skincare..

set Everlynn ada 4 barang iaitu sabun, toner, krim siang dan krim malam..sesuai untuk semua jenis kulit, pada yang nak kulit glowing tanpa cucuk cucuk boleh la cuba Everlynn..Everlynn ni tiada bahan kimia macam produk lain, base dia tumbuhan yang memang serasi dengan kulit kita, insyaAllah..

alhamdullillah semakin ramai yang suka pakai produk Everlynn ni..dan Everlynn juga bakal keluar di beberapa majalah akan datang..okay, jom tengok testimoni Everlynn 


dari kulit berminyak, sekarang dah semakin kurang =)


menambahkan seri (glowing) pada wajah..sebelumnya kusam..


dengan purifying treatment cream membantu mengurangkan jerawat dan juga jeragat.


anda berminat untuk mencuba? hubungi saya okey LiLy Wahab..boleh add facebook saya seperti yang tertera di ruangan belah kanan kat belog ini hihihi


jom cuba Everlynn !

Tuesday, March 13, 2012

bila tetiba rajin..

bila tetiba rajin, haa ni lah hasilnya


tu dia kuah spageti..aku suka yang pekat, masam sikit, ada pedas sikit dan bercheese..resepi ni aku dapat dari kawan aku sebab dalam banyak spageti aku makan, dia punya paling power sekali..thanks to her, wani..

cuma yang ni aku tambah cheese bagi rasa lagi mantop..tu yang likat jek tu..terliur ke? hihihi


aku masak kuah dia dalam pukul 10 malam semalam..spageti dia aku rebus pukul 5 pagi tadi sementara tu aku pergilah mandi dan bersiap siap nak pergi opis kan..dalam hati risau tak cukup, fuhh ngam ngam cukup..1 opis dapat rasa..syukur alhamdullillah !


mushroom habes maka aku gantilah dengan sosej potong kecik kecik camtu..yang penting, 1 opis kenyang dan aku suka bila diorang tambah lebih dari 3 kali ^__^


 *muka snow white yang puas hati giler*
haa nak muntah la tu...wakakaka

Sunday, March 11, 2012

bila rindu menyapa

bila rindu menyapa, pada siapa hendak diluahkan selain Dia..saban hari, semakin cuba untuk melarikan dari segala perasaan semakin kuat pula ia mencengkam dalam dada..

bila rindu itu datang untuk orang yang salah, lagi terasa pedihnya..

wahai kamu, aku terlalu rindukan kamu..terlalu..

tapi aku tahan..aku cegah diri aku mencari..
aku simpan rasa ni sendiri..

wahai kamu, aku rindu sangat..sangat..
disebabkan itu aku selalu kirimkan surah al fatihah untukmu setiap pagi..
moga kamu di sana diselimuti dengan surah itu..

Allah maha mengetahui mengapa sukar untuk aku singkirkan kamu dari hati aku..semakin aku cuba padam nama kamu, semakin kukuh pula..Allah maha mengetahui..

walaupun manusia di dunia nih mengatakan aku perempuan bodoh kerana enggan "move on" tapi aku tak pedulik sebab aku tak mampu nak hipokrit..

wahai kamu, aku merindui kamu..
aku rindu nak gelak bersama..
aku rindu nak bercerita bersama..
aku rindu suara kamu..
aku rindu sangat kehadiran kamu..
sangat sangat
sampai air mata pun tak tertahan

mendongak ke langit sambil berharap moga Allah sampaikan salam rinduku untukmu di sana..

setiap hari aku masih berharap agar Allah berikan aku satu lagi peluang untuk bersama kamu semula..itu lah hajat terakhir aku di dunia

Monday, March 5, 2012

moga berbahagia ~

Semalam telah berlangsung nya satu majlis persandingan gilang gemilang kawan aku yang cantik iaitu shikin..malangnya aku sampai lewat sebab salah jalan..aku rasa eloklah aku tampal gps kat kereta aku dari simpan bawah katil..ye ! bawah katil..aku kan eksyen tanak pakai..bajet ikut instinct jek kan..sudahnye sesat barat..

sampai lewat dalam pukul 3.30 la camtu tapi lauk banyak lagik..so aku boleh amek berapa banyak ayam yang aku suka sebab orang dah tak ada..itu la untungnya orang tiba lewat nih..

 cantik sangat mekap ..baju pun cantik sangat okeh !

dia memang setia dengan shawl..i loike !

makanan super sedap , lagu plak semua lagu arab jek..tema pun arabic kan..tapi memang best ~ selebihnya let's picture talk ^__^




lastly mestilah gambar aku kat bawah nih


macam terlalu matang je muka aku tapi aku memang matang pon..okay bye !

Sunday, March 4, 2012

motip makcik adalah...?

suatu petang nan indah segerombolan makcik datang ke rumah..chit chat chit chat tetibe jek dialog mereka seperti berikut :-

Makcik A  :  Yah(nama manja mak aku dikalangan rakan2 beliau), anak kau yang perempuan tu keje apa?

Mak aku :  entah..tapi keje dia asek pergi sana sini aje..outstation (jawapan malas nak layan)

Makcik B : enh, ko nak tau dulu anak aku pun keje macam anak ko la..asek ke sana ke mari tak berhenti..sudahnya bercerai ko tau sebab pasangan dia tak tahan dia asek keje luar aje..

Mak aku : oh yeke..tapi anak aku belum kawin lagi..

Makcik A & B : laa yeke..sokseksokseksokseksoksek..bla bla bla..

sekian terima kasih..

sebok aje huhh

Saturday, March 3, 2012

testimoni : chahaya beauty 3

mari tengok testimoni dari chahaya lagi weeeee






alhamdullillah semakin dapat perhatian chahaya nih..juga Everlynn..saya suka bila orang lain suka hasil dari kedua dua produk tersebut..

jika ada sesiapa yang terjenguk kat blog ni dan berminat untuk mencuba sila hubungi saya di talian 017 2156687 ya

Thursday, March 1, 2012

bila rasa lemah itu menjengah

kadang kadang aku kuat..bisa menepis segala rasa..kadang tu bila rasa lemah menjengah ke hati, Allah je maha mengetahui..

soal kerjaya, aku dah mula stress..mak aku pula kerap bising sebab kerap balik lewat, kerap outstation..alasan dia, dia risau..ye kalau aku pun, aku risau anak perempuan aku camtuh kan..

bisnes pula..memang best cuma sejak kebelakangan ni terbiar sekejap sebab aku fokus pada kerja hakiki aku yang memerlukan aku ke sana sini, meeting sana sini..awal tahun memang busy amat..

jika dulu, aku selamba je luahkan semua lelah pada dia..sekarang aku simpan dalam hati..luah kat blog..

dari segi luaran memang orang sekeliling cakap aku sangat happy go lucky..ceria habis..gelak sana sini..sengih aje macam kerang busuk tapi tahu tak aku buat semua tu untuk tutup rasa hati aku?

orang yang paling happy ialah orang yang paling sedih..tapi tak ade siapa yang tahu pun..Allah je yang tahu..

setiap hari, aku bangun pagi aku beritahu diri sendiri "lily masa itu sudah berlalu"
aku mesti pujuk hati "lily dah tak ada lagi semua cerita tu"

bila lemah tu datang, lidah dan hati aku laju menyebut namaNya..dengan itu, aku jadi tenang balik..

tahu tak teringin sekali aku dengar suara dia..
teringin sekali aku dengar gelak dia..
teringin sekali aku gaduh dengan dia macam haram..
teringin sekali aku dengar keluh kesah nya bila dia kena gigit nyamuk..

aku rindu ya Allah..aku rindu..
aku cuba ulang semua tu semula tapi ternyata aku masih belum mampu berganti hati..
macam dah dipateri hati aku, tutup terus..

*pejam mata tarik nafas dalam dalam*