Sunday, March 17, 2013

L.a.b project

Minggu yang sangat la sibuk bagi aku sebab aku dah mula start denga projek LAB..photoshoot dah mula , shawl pon dah start terjual offline ( guane nak jual online gini kalo offline dah habis dulu )..

Alhamdullillah, banyak feedback positif dari kawan kawan terutama mereka yang mula menyukai tudung labuh..niat aku LAB ni adalah untuk menyediakan shawl bagi mereka yang mungkin tak berapa nak pakai bawal besar besar atau syria besar yang macam ustazah pakai tu..jadi aku perkenalkan versi shawl yang lebar dan labuh..selain nampak lebih stylo, ianya juga menepati ciri ciri islam iaitu menutup bahagian dada..moga Allah permudahkan segalanya..

Juga sangat bersyukur kerana dikurniakan kawan kawan yang sangat supportive dari mekap artis, fotografer, model dan grafik designer..terima kasih banyak banyak, kalau aku dah berjaya, mesti aku akan kredit korang untuk bernaung bawah butik aku tu nanti..terima kasih banyak sebab banyak membantu..

Ni saja bagi korang silent reader baca..tambahan, baru baru ni baru selesai pilih kain dengan supplier dan dia sedikit teruja sebab aku client pertama yang berniqab sebab yang lain semuanya stylo mylo designer nye..terus terpasang niat dalam hati, aku nak orang sekeliling bukak mata, niqab bukan penghalang perempuan tu untuk berjaya dalam bidang perniagaan..


Tuesday, March 12, 2013

loser

makin lama aku duk sini, rasa makin loser..

aku suka environment sini tapi aku tak suka keje sini..boleh? tak bersyukur kan?

aku suka suasana yang aku banyak keje, aku dapat dulu masa di opis lama tapi environment pula aku tak gemor..sekarang, keje sangat kurang tapi environment pula sangat best..

adil kan?

banyak benda aku tak belajar kat sini..jujurnya, aku rindu kerja lama aku..setiap hari semak kontrak, berbincang pasal kontrak..aku suka kontrak..dan pendakwaan..

nasib la kalau budak opis baca entri aku..tapi ni la yang aku rase..aku rase sangat sangat la loser..

maybe sebab sini terlalu ramai sangat legal assistant..sepatutnya setiap kementerian bagi 2 orang je sudah..sampai 4 orang, jadi kerja tu tah..macam mana skt aku nanti nih..cane nak kira T__T


* merungut je keje aku kan? 

Saturday, March 9, 2013

Knock knock..miss hearty, are u still there?

Emel kedua aku terima dari dia..

Setelah tiga tahun..

Muncul semula, dia yang aku rindu selama ni..

Tapi kenapa sekarang..kenapa aku nak mengeluh sedangkan aku selalu doa pada Dia supaya dia balik dalam hidup aku semula..

Kenapa hati aku rasa tak berapa sangat?

Bukan ke itu yang aku harapkan? 

Aku harap dia rindu aku..aku harap dia ingat aku..aku harap dia teruja semula dengan aku..

Tapi kenapa aku macam takde perasaan dah bila dia datang balik dengan semua yang aku harapkan tu?

Dia rindu aku..

Dia tak pernah lupakan aku kata nya..

Dia tak kisah aku nak maki apa pun, nak panggil dia kambing pun dia tak kisah...

Dia cuma rindu aku..

Dugaan apa lagi ni, Tuhan..

Bab hati ni, aku paling lemah..

Ikutkan hati, aku nak aje reply..nyatakan aku pun rindu lebih dari dia rindu..

Tapi akal aku tahan, jangan cari pasal..cukup lah punya payah aku nak cantumkan hati aku semula sampai ada cebisan nya yang aku tak jumpa hingga kini..

Pergilah, shairazi..

Jangan datang datang lagi..

Kalau pun aku seru, jangan dekat..

Jangan kecewakan banyak hati lagi..

Biar lah hati aku sorang je parah..

Tapi jangan hati dia..

Hati orang tua mu..

Hati orang tua dia..

Hati kakak mu..

Hati adik beradik dia..

K

Wednesday, March 6, 2013

Setelah tiga tahun..

Setelah tiga tahun, nama tu muncul semula..

Silap aku sebab tak mampu tahan rasa hati..

Balasan dari dia, dibaca dengan termengalirnya air di celah kelopak mata..

Sambil lihat ke langit.."ya Allah, aku rindukan dia....sangat"



Wahai hati, maaf sebab aku gagal..

Monday, March 4, 2013

niqabis yang menjadi tumpuan - tak sengaja

sejak aku berniqab, ada banyak perubahan sekeliling aku..ada yang menjauhi (mungkin segan tapi percayalah kawan, aku tetap seperti dulu) ada yang mengkagumi (yang ni buat aku rasa tak sedap sebab aku biasa je)..ada juga yang minta nasihat (tapi aku bukan sapa sapa cuma boleh bagi kata nasihat berdasarkan pengalaman sendiri)

ada segelintir kawan aku teruja sebab katanye tak pernah ada kawan yang pakai niqab, di situ aku rasa terharu..dan sedikit sebanyak aku ajar diorang cara makan dengan pakai niqab memandangkan ramai nak tahu..nampak tak?aku bukan nak tunjuk riak serius aku tak alim mana, cuma aku happy sebab aku dapat ajar diorang, share info dengan diorang..kira dakwah la tu ek? alhamdullillah..

ada juga kawan -kawan yang free hair dulu minta nasihat untuk start pakai tudung..alhamdullillah, aku happy sangat sangat..dan aku perasan Allah hantar beberapa orang untuk aku sama-sama berubah ke arah yang lebih baik..cantiknya aturanMu ya Allah..

kelmarin, aku hadiri satu program yang mana aku rasa majoritinya pelajar institut pengajian islam..aku datang sorang sebab aku minat nak tahu, nak belajar..sambil tu aku buat sikit observation, cewah..

sedikit rasa ralat sebab aku tengok diorang tak mesra alam..hanya mesra sesama sendiri (maksud aku geng geng diorang aje)..dan tak berapa menghormati orang lain..

dan sebenarnya aku tak berapa gemar bila orang panggil aku "sister" sebab aku rasa macam biarawati bila panggil sister..mungkin la itu dah jadi kebiasaan buat diorang kot di kampus tapi bagi aku apa salahnya panggil kakak je..dalam bahasa melayu..kan comey?

berangin juga aku semalam tapi mujur pakai niqab tak nampak la mimik muka ambe, tu kelebihan niqab ye..ngee

ini pendapat aku secara peribadi, sukati aku la belog aku..labuhnya tudung tak bererti kau lebih hebat dari orang lain..iya kau telah jalankan perintahNya dengan menutup auratmu dengan sangat sempurna hingga kau compare diri kau dengan orang lain kn?..ko tak mampu nak hormat orang lain, ko tak mesra dengan orang lain selain puak ko je..itu ke islam yang ko prektikkan?

ko katakan dakwah tapi ko jauhkan diri dengan mereka yang konon nye lagho..pandangan jijik mu terhadap mereka yang kurang ilmunya..dan aku teringat ada seorang senior aku dulu pernah tegur kawan aku dengan memalukan dia depan lelaki kenapa tak pakai tudung labuh..start itu aku mula tarik diri dari salah seorang exco tu sebab aku tak suka senior tu, dia pun penah tegur aku secara sinis sebab aku free hair masa tu..sekarang aku wonder, mana senior tu sekarang.. 

ok, patah balik cerita pasal program tu..aku dikelilingi gadis gadis bertudung labuh la..tudung aku labuh sesedap rasa tp masih labuh lebih paras dada dan berniqab..ada la beberapa orang niqabis lain (semua pandang semcam kat aku, tak tahu la kenapa, maybe tudung aku tak selabuh paras pinggang macam diorang kot (jahatnye aku buruk sangka, maaf jangan ikut perangai buruk hat ni)..bila senyum buat tak tahu..sedih x muslimah gitu?)

yang paling aku rasa sadis, ada satu situasi ni yang mana aku beratur untuk naik lif, seorang muslimah ni terlanggar aku pastu dia marah berdengus kat aku..sedih tau..aku takde rasa nak marah balik tapi aku rasa sedih kenapa dia gitu..dan aku tak tahu kenapa korang dalam dewan tu perangai gitu..tu baru sorang, belum lagi yang dok marah aku pasal aku tak pakai tag nama, tak boleh ke tegur elok elok? sedih tau aku tengok korang perangai gini..kalo aku la lecturer korang, aku hantar korang prektikel kat tempat yang korang boleh belajar adab sesama manusia..lepas tu yang aku tak faham korang dah kenapa nak compare orang ni tere bahasa arab, tak tere bahasa arab..bahasa arab tu boleh bawa korang pegi syurga sangat sangat ke? ni nada aku memang marah sebab aku terasa..apa perasaan seseorang yang nak berubah ke arah lebih baik terdengar korang cakap camtu, korang rasa dia nak tak berubah? mestilah tak, dia akan jadi takut disisihkan macam aku disisihkan la..

dan semalam tengahari aku curi masa ke booth everlynn di putrajaya..dan kehadiran aku mencuri tumpuan sebab aku je berniqab kat tengah tengah alam tu..aku datang bagi sokongan je tapi yang datang dekat aku sebab nak bergambar pun ada, sambil tanya macam mana aku makan, minum..hukum pakai niqab..sedikit sebanyak aku share info jugak dengan diorang kat karnival tu..taktau la kenapa diorang teruja semacam semalam, nak kata aku retis..aku bukan..aku orang biasa je..ujian sekali lagi untuk aku kot ni..Allah nak uji sejauh mana aku tahan..

banyak lagi lah..ada juga saudara mara aku yang gelakkan aku pakai niqab tapi aku biarkan aje..sebab aku letakkan niqab ni sebagai sunnah..aku tak wajibkan ke atas aku niqab ni..ianya sunnah, dan aku ikut sunnah di samping dapat jaga wajah aku dari fitnah, diri aku dari fitnah tapi fitnah pun dah datang dari pelbagai sudut..selagi boleh bertahan, aku tahan la..demi Dia..

pada mereka yang nak berubah, jangan takut..dulu aku tangguh tangguh, sekarang aku mula nyesal kenapa la aku tangguh..better late than never kan?

kalau orang ejek ejek, takpe biarkan je..Allah kan ada, buat ape nak sedih..biarkan sedara mara kutuk ape pon, bia kan..sebab bukan diorang yang timbang kita esok kat sana..takde kaitan pun..biarkan diorang..kalau niqabis lain sisihkan korang, takpe biarkan jugak..takde sapa nak kawan? ni malaikat kiri kanan ada, Allah pun ada..apa susah?

bila kita jaga agama Allah, Allah tu jaga kita..benda simple jangan pening pening kan kepala..sebab hidup kat dunia ni ada perkara yang kita tak boleh nak fahami tapi terpaksa terima..ambe pom bukan lah alim sangat, biasa je tapi sentiasa nak perbaiki diri..untuk selamat dunia dan akhirat =)

kepada yang terasa, maaf lah deh..ini belog ambe, sukati ambe la nak tulis guane guane pom..kalo mu x puah hati, mu tulis la kat belog mu sendiri..

sekian~

Saturday, March 2, 2013

persepsi orang terhadap gadis berniqab

"dia ni mesti tere agama.."
"budak uia nih.."
"ustazah.."
"dia ni mesti kolot.."
"dia ni mesti takde baju kaler2..dia mana boleh pakai dowh dia kan pakai niqab.."


haa tu ayat standard untuk orang luar komen pasal perempuan berniqab kan?
takyah tipu, dulu aku pun pikir macam tu jugak..(masa zaman jahil)

aku pernah lagho..lagho yang amat..mujur syukur pada Allah , Dia masih jaga aku masih sayang aku..

pejam celik pejam celik dah hampir dua minggu aku berniqab..ada yang kata aku berniqab sebab ustaz azhar..ada yang kata aku berniqab sebab aku ikut ajaran sesat..ada yang kata aku berniqab sebab nak cover muka aku banyak jerawat..kata la apa korang nak kata..yang penting,  Dia tahu kenapa aku berniqab..

aku berniqab bukan sebab ustaz azhar..dia siapa bagi aku? dia bukan sesiapa tapi dia ustaz yang aku sanjung walaupon ramai tak suka dia..sebab apa? sebab kelancangan dia lah buat aku berubah sebenarnya..ustaz selain dari dia, semua cakap berlapik bahasa lembut tapi ustaz azhar, sekali bagi makan dalam..tapi apa yang keluar dari mulut beliau tu jujur dari hati dia..betul la cakap ustaz, kalau nak keris tu cantik, kene lumur dia kat api, ketuk ketuk kuat kuat, baru dia bersinar dan tajam dan menjadi sangat berguna..thanks ustaz, dia la yang buka hati aku untuk dalami agama aku sendiri yang selama ni aku tak de rasa nak dalami pun..jahilnya aku, ya Allah..

aku berniqab bukan sebab ajaran sesat jugak..aku takde ikut memane ajaran pun..aku amalkan islam macam biasa, takde berkumpul dengan mana mana markas atau puak pun..ku pergi kelas agama macam biasa, aku solat seperti biasa macam korang semua solat..

iya, aku berniqab sebab nak cover muka aku..memang muka aku berjerawat pun tapi bukanlah tanda malu sangat dan itu bukan sebab utama aku pakai niqab..

aku berniqab sebab aku nak ajar diri aku untuk jadi lebih baik..aku berniqab supaya aku tak buat perkara perkara yang dilarang..aku berniqab sebab aku nak ajar diri aku istiqamah..aku berniqab sebab aku nak ajar hati aku untuk lembut dan sentiasa ingat setiap langkahku mengundang neraka kepada abah dan abang aku..aku berniqab kerana nak jaga tingkah laku aku..aku berniqab sebab aku nak ingatkan diri aku supaya sentiasa ada gap dengan dunia..aku berniqab supaya aku sedar dan jangan terpengaruh langsung dengan dunia..

cukuplah dulu aku lontarkan batu batu api kepada abah dan abang aku dengan pemakaian aku, dengan perbuatan aku..kalau lah aku tahu nikmatnya menutup aurat dari dulu, aku jaga habis habisan..

aku bukan lah terus berubah sebab aku tahu aku akan jadi palsu..aku ambil pendekatan scera perlahan lahan..dari baju tak cukup kain + freehair, aku cuba pakai tudung..tapi baju sama ketat..lepas beberapa bulan aku cuba pakai inner lengan panjang pula..lepas tu pakai baju labuh tapi still ketat..lepas tu semakin longgar , longgar, longgar dan setelah tiga tahun aku buat keputusan untuk berniqab..

aku bukan semalam pakai skirt, arini terus berniqab..bukan..aku ambil masa..dan aku bersedia untuk terima segala jenis dugaan yang aku dah rasa sikit sikit impaknya sekarang..

kain yang tutup separuh muka aku ni bukan bererti aku tere bab agama..tak, aku tak tere..aku tak reti bahasa arab..aku masih jahil bab hukum hakam..tapi disebabkan kekurangan aku yang itu lah maka ada niqabis yang lain seolah olah mencela aku..

kalau pakai niqab, wajib tahu bahasa arab eh? wajib pandai mengaji berlagu eh? kalau pakai niqab, wajib sindir orang lain yang tak berapa tahu psal agama ek?

maaf, tapi bagi aku niqab tu bukan tiket untuk kita berlagak dengan sesiapa pun..

dan aku pelik, kalo kita berniqab, tak boleh ek kalau kita nak pergi shopping , makan , jalan jalan dengan kawan kita yang masih free hair? kenapa niqabis lain mesti nak pandang serong? islam ajar itu ke? 

bukalah hati, dalami lah jiwa..fahamilah islam bukan suruh taksub sampai kita bersangka buruk..kalau betul la mu prektis islam sangat, bakpe nye mu asek bersangka buruk aje? bukan Allah tu ajar kita kena bersangka baik ke?


buka minda tu sikit..jangan sempitkan otak dan hati.

sekian