Saturday, March 2, 2013

persepsi orang terhadap gadis berniqab

"dia ni mesti tere agama.."
"budak uia nih.."
"ustazah.."
"dia ni mesti kolot.."
"dia ni mesti takde baju kaler2..dia mana boleh pakai dowh dia kan pakai niqab.."


haa tu ayat standard untuk orang luar komen pasal perempuan berniqab kan?
takyah tipu, dulu aku pun pikir macam tu jugak..(masa zaman jahil)

aku pernah lagho..lagho yang amat..mujur syukur pada Allah , Dia masih jaga aku masih sayang aku..

pejam celik pejam celik dah hampir dua minggu aku berniqab..ada yang kata aku berniqab sebab ustaz azhar..ada yang kata aku berniqab sebab aku ikut ajaran sesat..ada yang kata aku berniqab sebab nak cover muka aku banyak jerawat..kata la apa korang nak kata..yang penting,  Dia tahu kenapa aku berniqab..

aku berniqab bukan sebab ustaz azhar..dia siapa bagi aku? dia bukan sesiapa tapi dia ustaz yang aku sanjung walaupon ramai tak suka dia..sebab apa? sebab kelancangan dia lah buat aku berubah sebenarnya..ustaz selain dari dia, semua cakap berlapik bahasa lembut tapi ustaz azhar, sekali bagi makan dalam..tapi apa yang keluar dari mulut beliau tu jujur dari hati dia..betul la cakap ustaz, kalau nak keris tu cantik, kene lumur dia kat api, ketuk ketuk kuat kuat, baru dia bersinar dan tajam dan menjadi sangat berguna..thanks ustaz, dia la yang buka hati aku untuk dalami agama aku sendiri yang selama ni aku tak de rasa nak dalami pun..jahilnya aku, ya Allah..

aku berniqab bukan sebab ajaran sesat jugak..aku takde ikut memane ajaran pun..aku amalkan islam macam biasa, takde berkumpul dengan mana mana markas atau puak pun..ku pergi kelas agama macam biasa, aku solat seperti biasa macam korang semua solat..

iya, aku berniqab sebab nak cover muka aku..memang muka aku berjerawat pun tapi bukanlah tanda malu sangat dan itu bukan sebab utama aku pakai niqab..

aku berniqab sebab aku nak ajar diri aku untuk jadi lebih baik..aku berniqab supaya aku tak buat perkara perkara yang dilarang..aku berniqab sebab aku nak ajar diri aku istiqamah..aku berniqab sebab aku nak ajar hati aku untuk lembut dan sentiasa ingat setiap langkahku mengundang neraka kepada abah dan abang aku..aku berniqab kerana nak jaga tingkah laku aku..aku berniqab sebab aku nak ingatkan diri aku supaya sentiasa ada gap dengan dunia..aku berniqab supaya aku sedar dan jangan terpengaruh langsung dengan dunia..

cukuplah dulu aku lontarkan batu batu api kepada abah dan abang aku dengan pemakaian aku, dengan perbuatan aku..kalau lah aku tahu nikmatnya menutup aurat dari dulu, aku jaga habis habisan..

aku bukan lah terus berubah sebab aku tahu aku akan jadi palsu..aku ambil pendekatan scera perlahan lahan..dari baju tak cukup kain + freehair, aku cuba pakai tudung..tapi baju sama ketat..lepas beberapa bulan aku cuba pakai inner lengan panjang pula..lepas tu pakai baju labuh tapi still ketat..lepas tu semakin longgar , longgar, longgar dan setelah tiga tahun aku buat keputusan untuk berniqab..

aku bukan semalam pakai skirt, arini terus berniqab..bukan..aku ambil masa..dan aku bersedia untuk terima segala jenis dugaan yang aku dah rasa sikit sikit impaknya sekarang..

kain yang tutup separuh muka aku ni bukan bererti aku tere bab agama..tak, aku tak tere..aku tak reti bahasa arab..aku masih jahil bab hukum hakam..tapi disebabkan kekurangan aku yang itu lah maka ada niqabis yang lain seolah olah mencela aku..

kalau pakai niqab, wajib tahu bahasa arab eh? wajib pandai mengaji berlagu eh? kalau pakai niqab, wajib sindir orang lain yang tak berapa tahu psal agama ek?

maaf, tapi bagi aku niqab tu bukan tiket untuk kita berlagak dengan sesiapa pun..

dan aku pelik, kalo kita berniqab, tak boleh ek kalau kita nak pergi shopping , makan , jalan jalan dengan kawan kita yang masih free hair? kenapa niqabis lain mesti nak pandang serong? islam ajar itu ke? 

bukalah hati, dalami lah jiwa..fahamilah islam bukan suruh taksub sampai kita bersangka buruk..kalau betul la mu prektis islam sangat, bakpe nye mu asek bersangka buruk aje? bukan Allah tu ajar kita kena bersangka baik ke?


buka minda tu sikit..jangan sempitkan otak dan hati.

sekian




8 comments:

  1. Ahmdlllh....ummi jgk faham perasaan adik ni...syabas teruskan menutup aurat ni...ummi pun mcm adik,kini dan selagi hidup insya Allah akan terus berniqab...Aminnnnnnnn

    ReplyDelete
  2. hurm...sy ada pasang niat nak berniqab..tp sy tak kuat nak laksanakan..tp saya sgt teringin nak berniqab..sbb tu sy search2 info pasal niqab ni..baca entri awk buat saya cermin diri saya..emmm..x tau la nk explain camana....

    ReplyDelete
  3. Moga tabah hadapi 'exam' dr Allah slps start bniqab..kat Msia ni msh jarang2, org msh pndg pelik. Tp syabas krn hati kuat utk bniqab Lillaahi Ta'ala.. Ana juga pnh d suroh bniqab krn pndgn org 'lain' thdp wajah ana, n satu lagi sbb ana tkena satu pnyakit yg msh ana kaji skrg ni, tp ana msh blom kuat utk mnutup muka krn ana hormat org skeliling n sntiasa nak mereka rapat dgn ana. Ana takut kalau ana bniqab(xprefer purdah) nnti shbt2, kwn2 ana yg biasa2 tu x rpt dgn ana. mereka lbh ana utamakan drp niat ana. Ckuplah sekadar ana mnunduk sbagaimana ajaran Rasulullah SAW mnyarankan umatnya utk mnundukkan pandangan mata juga hati serta mnundukkan wajah. Kalau tidak pun ckuplah skdr ana mggunakan sapu tgn, sntiasa dbawa. Krn rijal2 d luar sana dahagakan rupa manis wajah muslimah walaupun tidak cantik skalipun.. Ini hanyalah pkongsian dr ana. Ana bcerita bkn lah ana baik dan smpurna spt Nabi Muhammad SAW dan para2 sahabat Baginda yg dikasihi.. Wallahutaalaa'lam bisowab.. Slmt bniqab dan moga istiqamah.. Mabrouk ya ukht krn d beri kkuatan..ana x skuat ukht ^_^

    ReplyDelete
  4. Memang banyak orang duk ngata kita kalau kita ni nak move on kepada yg baik. Saya pun memang ada bercita-2 nak berniqab. Tapi, maybe belum diizinkan Allah. Saya 100 % setuju dgn kata2 ukhti. Btw, keep calm and sabar ya ukhti. Itu tanda Allah sayang. Biarkan apa kata mereka. Kita terima yang mana baik, dan buang mana yg buruk. Keep positive ya ukhti :D

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ukhti, tenang membaca coretan ukhti ini, saya pun ada niat nak berniqab, tapi masih takut dan malu dgn dosa2 silam. Namun begitu, saya kini sgt takut brckp dgn ajnabi brbanding dgn sy yg dulu yg tdk mnjaga batas2 dalam pergaulan. Alhamdulillah,hidayah milik Allah. InsyaAllah Allah prmudahkan sy dlm hijrah ini.

    ReplyDelete