Thursday, October 28, 2010

im in love with.......hans isaac?? ^_^

kacak..charming...terpana masa tengok dia depan-depan..

pagi ni ada sambutan menyambut bulan bahasa yang diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia..sempena sambutan tu, ada program sesi dialog bersama ahli seni karyawan tentang penggunaan bahasa melayu dalam aktiviti seni..antara panel-panelnya ialah Mamat Khalid, Hans Isaac & Joseph..isu yang dikupaskan agak menarik dan Mamat Khalid memang sangat kelakar okay! tapi sebenarnya aku sendiri lebih tertumpu kepada Hans Isaac..dalam hati "sape la makwe dia nih..untungnye la haii.." sepanjang acara tu berlangsung, tak berhenti aku amek gambar diorang lebih-lebih lagi Hans la kan..

 tapi dalam masa yang sama aku juga suka dengan lagak bersahaja Joseph a.k.a Joe Lee..dia adalah wartawan dan juga pengkritik filem yang sangat comel...


sayangnya, tak sempat nak bergambar dengan jo lee & mamat khalid sebab diorang nak cepat..mungkin ada tugasan lain..tapi Hans Isaac tetap setia tunggu sesapa nak bergambar dengan dia even dia kelihatan sangat penatt..


dari kiri : Dr.Mahadi, Mamat Khalid, Hans Isaac & Jo Lee

Mamat Khalid & Hans Isaac

Kacakkkkk kan kan kan..wee


kelihatan dia sangat charming + friendly sebab even ada wartawan tengah interview dia pun + kelihatan sangat sibuk (asek bertelepon aje), still ada masa untuk bergambar dengan kami...





p/s : hati masih berdebar-debar bila dapat berdiri dekat-dekat dengan Hans Isaac..hehehehe

Wednesday, October 27, 2010

pergilah sepi

pilunya....





kenapa boleh jadi macam ni...





kenapa akhirnya macam ni...





cepatlah masa berlalu...




supaya semua kesedihan saya juga cepat berlalu...




supaya rasa resah saya juga berlalu...




supaya saya lupa semuanya dengan cepat...




dan supaya semua sepi juga berlalu....





pergilah sepi....




datanglah seri...




temani aku sampai akhir nanti...





Tuesday, October 26, 2010

kerja..kerja..dan kerja...

tangan ni gatal je nak taip kat blog ni tau..hmm sekarang dah tau dah kenapa blog ni sangat menyeronokkan.. ^_^ 


dokumen bersepah atas meja

tengah buat keje sempat lagi enh nak berblog..hehehe tapi ini adalah untuk rehatkan minda kejap..kalau straight buat keje, otak bole jammed..

tapi disini, suka untuk saya kongsikan sedikit info dengan kawan-kawan yang secara sengaja atau tak sengaja baca blog saya..kalau 1 hari kawan-kawan semua nak beli RUMAH , saya nasihatkan RAJIN-RAJIN la pergi semak harga rumah yang korang nak beli tu dengan JABATAN PERUMAHAN NEGARA..Check juga nama PEMAJU PERUMAHAN sebagai langkah berjaga-jaga sebelum membeli rumah supaya tak ada yang tertipu lagi..seperti yang kita sedia maklum harga setiap rumah tu berbeza-beza dan ada banyak lagi yang kita perlu ambil tahu before beli rumah..rumah ni bukan nya harga seribu dua tapi beratus-ratus ribu...kalau kaya tuh, tak de hal la kot tapi bagi yang tak berapa nak kaya macam saya ni, tak ke sayang duit tu..karang tau-tau je rumah terbengkalai lah apa lah, haa macam mana...kita sebagai pembeli rumah kena lah tau semua tu ye..jangan disebabkan MALAS kita buat tak tau je, sudahnya siapa yang rugi??



p/s : sekadar berkongsi aje, nak seribu daya tanak seribu dalih..



TQVM.....



Monday, October 25, 2010

picc - 1st trial untuk LTS

pertama kalinya dapat peluang untuk tumpang bisnes kat picc sempena konvo kpm sabtu lepas..disebabkan baru je balik dari port dickson, barang pun tak bawa banyak masa tu..patung pun tertinggal..punya la kelam kabut..pendek kata persiapan untuk bisnes pagi tu memang agak teruk la..tapi takpe, aku anggap ni sebagai pengajaran bagi aku supaya next time lebih mahir untuk handle2 macam ni..pada hari tersebut, dapat bawa tudung syria dengan anak tudung je..alhamdullillah even agak kelam kabut, rezeki masih mencurah kepada little top shop..tapi sebenarnya ini pengalaman pertama aku sendiri bisnes kat tapak..sebelum ni aku usung ke sana sini barang2 niaga aku..aku dah tanamkan dalam otak "kalau nak berjaya, kene susah dulu"..lagipon aku nak contohi arwah Datuk Sosilawati yang mana dulu dia pun promote barang2 dia dari 1 tempat ke 1 tempat sendiri sampai lah dia berjaya macam sekarang ni..


suasana kat picc



serabut kann

pengalaman ni aku jadikan sebagai pelajaran supaya lebih bersedia di masa akan datang..insyaAllah if tiada aral melintang, aku akan sertai lagi tapi mungkin di sekitar Perak pulak..aku takkan putus asa & akan sentiasa positif berusaha untuk lebih ke depan..





Sunday, October 24, 2010

pOrt dicKson pulakk...

sejurus balik dari trengganu,penat pun x habis hilang lagi dah kene pegi port dickson plakk...tapi atas tuntutan kerja aku gagahkan juga..cewahh..corus paradise hotel jadi pilihan..so lepas check in terus salin baju, g jalan-jalan pulak...tapi terdetik dalam hati "pantai lagi.." ye lah..baru je balik dari penang pastu g trengganu pastu pd...itu pon kalau tak, kene pergi cherating tapi atas sebab2 tertentu aku kena pergi pd jugak...tapi bagus jugak, bila busy ni aku akan lupakan sikit2 tentang masalah perasaan yang aku tengah hadap nih...yang bestnya bilik aku mesti menghadap laut...

corus paradise hotel, pd
bilik aku..
 tak aku nafikan view kat area hotel ni memang sangat cantik + ada provide banyak xtvt..tapi disebabkan aku tade geng nak buat sume xtvt tu so tengok aje laa...konon nak main volley ball pantai tapi disebabkan lambat sangat turun, tempat pon full...nak karok pon, tade geng jugak..kalo tak, mmg bilik karok kat level 3 tu aku serbu..

tapi tah kenapa la sepanjang 3 hari, asyik aku je kene attack dengan pegawai arkib ni tau..maybe dia tengok aku macam tak fokus je kot..otak melayang ke tempat lain tu yang dia sikit2 kang sergah aku je tanya pasal sistem fail kat opis la apa laa..tapi sebenarnya dalam masa tu aku pun tak berapa konsentret..rosak bahasa haku...fikiran menerawang ke tempat lain...dah la aku siap salah jawab lagik..malu aku sebagai wakil bahagian aku..lily..lily..kenapa la ko nih...emosi aku tak bape stabil..betul la orang kata perempuan ni kalau emosi tak bape stabil, effect keje..tak aku nafikan..mungkin ada perempuan lain bole balance kan hal peribadi dengan keje..tapi aku masih lagi belajar untuk tidak mencampur adukkan hal2 tersebut..betul,kalau jiwa aku kacau keje aku mesti tak de mood nak buat tapi sebab itu tanggungjawab terpaksa buat jugak la even hati tengah berkecamuk bagai nak gila..

cantik gile time nih..suka sangat
sangat menenangkan hati kann..
view dari lobby atas

taman burung mini pun ada tau..

ni sape enh =) ecece

walau apapun, next week aku nak bercuti plakk..sebagai hadiah bonus hujung tahun untuk diri sendiri...hmm bestnyeee..tapi berdekatan laut jugakk..memang gadis laut aku bulan ni tauu...nak buat macam mana..bak kata bait-bait kata lagu ni "hilangnya cintamu menusuk hatiku...hingga ku memilih cinta yang fana..." penah denga? =) 

ada sebab Allah ciptakan lautan pantai yang tenang, bukit bukau yang hijau, gunung ganang yang cantik...supaya manusia ni dapat menmanfaatkan ciptaan tersebut untuk menenangkan hati dan fikiran di kala keserabutan..bila kita denga deruan ombak pantai, melihat kehijauan bukit bukau, keindahan suasana secara tak langsung kita akan jadi sangat tenang..segala masalah lenyap seketika dan boleh buat kita fikir secara tenang dan rasional.. ^_^


p/s : tak saba nak p bercuti..yahoooooo

Wednesday, October 20, 2010

i'll be missing you...am i?

hari ni saya sedih...saya rasa kehilangan..dan saya mesti terima kehilangan tu demi masa depan saya...


hari ni saya berjanji saya tak mahu toleh ke belakang lagi..saya nak terus berjalan ke depan dan meninggalkan semua kisah lalu di belakang...


hari ni saya melangkah keluar dari rumah dengan hati yang kosong & perasaan yang hampa..tapi saya yakinkan diri saya mesti keluarkan diri dari kepompong pilu ni..


hari ni saya buat keputusan muktamad untuk pergi dari kesedihan dan memulakan hari yang ceria tanpa dia...


hari ni juga saya berazam untuk menjadi seorang yang lebih baik dan saya tahu saya boleh hidup tanpa dia...



dan




hari ni juga saya kehilangan dia buat selama-lamanya..











i miss you..
i wish you call me...
i really miss you...

Tuesday, October 19, 2010

cherating oh cherating

sepatutnya hari ni kena pegi ke cherating (atas arahan bos) selama 4 hari..tapi last minit nama aku dah tersenarai untuk pergi ke negeri sembilan untuk pengurusan fail rekod jabatan...dan aku memilih untuk ke negeri sembilan..dekat sikit..tak larat pulak rasanya nak ke cherating sebabnya penat balik dari trengganu kelmarin tak habis lagi...so terpaksa aku wakil kan hana untuk ganti aku pergi ke cherating dan aku sendri akan ke pd, negeri sembilan..sakit belakang akibat duduk lama sangat masa pegi trengganu pun masih ada lagi nih..


ni semua gambar2 masa kat cherating aritu...sian hana, aritu dah pergi cherating..arini kena pergi lagi...


view dari lobi impiana resort cherating

view dari tepi laut cherating berdepanan impiana resort






ms dorah & sasha

bbq

bercuti itu adalah terapi~~

Monday, October 18, 2010

menyeronokkan diri di KT : part 2

terlalu banyak perkataan untuk ungkapkan perasaan semalam...penat tapi seronok tapi stress (sikit laa..) tapi best tapi...macam-macamm laa...semalam hari terakhir menginap di sumai suite hotel kat KT, tepat pukul 9 pagi kitorang check out..



ni bilik aku

antara aktiviti-aktiviti petang sabtu ;


maya tengah pilih baju kat pasar payang


malam last kami buat bbq macam biasa laa..ada banyak sangat makanan termasuk la udang, sotong, ayam, daging, ikan, nasi goreng, spageti etc..malam tu jugak we all memilih untuk makan sambil santai di luar ruang makan sambil ditemani lampu-lampu neon yang meriah..



dhia & her mummy Darwin

kak farah & azhad


keesokan hari nya after breakfast, we all check out & terus ke kg losong untuk beli kepok lekor..we all memilih untuk membeli kepok di kedai kak yah..sedapppp





DAN.....kejadian paling tak dapat aku lupakannn ialahhh...

BAGASI AKU TERTINGGAL KAT HOTEL!!  AMEKK KAUU..SIBUK SANGAT NAK JALAN-JALANNNN....nasib baik lah budak-budak nih tergerak hati nak check makanan lunch kat bonet bas..bukak-bukak je beg aku TAK ADEE..kaget sekejap aku kat tepi jalan tuhh..padan mukaa..sibuk sangat sampai lupa nak check beg sendiri... & sangat berterima kasih kat pihak hotel sebab sudi hanto kan beg ke tempat kitorang benti tuh..fuhhh kalo tak memang kene patah balikk...sementara tunggu pihak hotel sampai sempat jugak la aku berjalan ke laut berdekatan menenangkan perasaan..almaklumlah beg tertinggal..








jumpa lagi trengganu~~  


xoxo

Saturday, October 16, 2010

mari kita ke K.T : part 1

ehemmm..dah sampai ke trengganu enh kita..kemain lagi jejalan aje keje ye cik lily nih.. ^_^

sebenarnya semalam lagi dah sampai ke trengganu dengan 1 opis...sangat penatt okay~~ semalam tido 3 kali dalam bas, tak sampai-sampai jugak...alkisahnya kami bertolak dari opis kami kat damansara pukul 8.30 a.m...gedebuk gedebak pukul 3 p.m baru la selamat sampai ke sini..kiranya ni hari kedua la kat sini...

ni beg aku okayy..macam tanak balik kl dah..


semalam sampai-sampai je terus ke pasar payang..konon nak cari kain tapi disebabkan kedai banyak tutup, maka harga pun payah laa kalau nak tawar menawar..jadi kansel laa nak beli kain nyaa..semalam jugak sempat la jalan-jalan kat pesisiran pantai kat kuala trengganu nih haa..


kat K.T ni kami menginap di Sumai Suite Hotel..lokasi berhampiran dengan laut dan berhampiran jugak la dengan bandar...kalau diikutkan sebenarnya macam-macam kami nak buat kat sini tapi agak terbatas..almaklum lah datang sini 3 hari je, hari pertama je dah kepenatan tahap gaban...
nota yang tak berapa nak nota sangatt...
fokus fokus..nak plak si tudung oren menyala tuh..
sebenar-benarnya la kannn, aku sendiri pening kepala kursus nih..sebab nya ada beberapa term yang aku tak faham, mana tak nye aku bukan lah budak legal...jadi sikit-sikit aku kacau kak nor, tanya tu apa ni apa...tak pon aku tanya je si sha tu if ada perkataan-perkataan yang aku kurang jelas...hehehe sebenarnya ni kursus pasal drafting undang-undang...

tajuk kursus kita...oh!

tapi even ia agak memeningkan, seronok jugak sebab dapat belajar benda baru..yang paling penting, dapat jejalan sekali...tapi kan one thing yang aku paling heran sekali, dulu kelas law la paling aku suka ponteng...siap berjanji kat diri sendiri lagi aku takkan jumpa lagi subjek law nih..sekaliiiii amekk ko! tapi aku percaya ada sebab Tuhan tu letak kan aku kat bidang ni..orang kata ada hikmah disebaliknya...kan kann..
YANG PALING PENTING :


ni paling penting..okayyyyy


hahahahahaa..makan itu sangat penting!! umpphhhhhh

Wednesday, October 13, 2010

mari pergi ke sana sini...

EXHAUSTED ---->  perkataan paling tepat untuk aku bulan ni...


suka tak kalau dapat bercuti free? sapa tak suka kan termasuk lah diriku ini..tapi sebenarnya bukanlah bercuti tapi berkursus/keje tapi sambil menyelam minum air oren enh...

minggu ni sangat penat kerana start dari minggu lepas diri ini telah dihantar berkursus ke penang selama 3 hari ( rabu-jumaat) di tanjung bungah beach hotel..cantik jugak la tempat tu dan yang paling penting dapat bilik menghadap laut okayyy...kawan-kawan lain dapat bilik ngadap jalan raya je..korang jangan jeles nokk! 3 hari dok situ okay laa...view time makan pun sangat cantik jugak laa...tp tade gambar plak nak share..al maklum lah hp kita cokia jek..kamera plak lupa nak bawakk...sedihh..sob sobb..orang lain bergambar, kita tengok aje laaa...


tanjung bungah beach hotel, penang
  
balik je dari penang, terus roger kawan-kawan kat kl..almaklum lah bila dah lama sangat kat tempat orang, kita akan asek merindui tempat sendiri kann...pagi-pagi sabtu dah pick up my long longg best friend, cik yan kezambo kat kelana jaya untuk pergi bersiar-siar mencari jodoh....dalam masa yang sama terus suruh dia bawak baju spare untuk menginap kat umah aku yang comel tu satu malam..ye laa sunyi la umah tu..at least ada kawan nak sembang malam-malam..dah la boipren pon tade...cedihhh berganda-ganda... masa hari sabtu tu memang sangat penuh jadual siar-siar ku bersama teman-teman...mula-mula pergi ke tropicana mall...sebenarnya si cik yan kezambo ni beriya nak tengok cite magika...tu yang pergi ke tropicana mall tu..situ tak de la ramai sangat orang so bole beli tiket dengan senang hati tak yah beratur panjang..sekali TAK ADO cite magika kat situ..haaa apa nak buatt?? sudah nya kami berdua yang comel lote nih menyinggah kan diri ke maxis kat dalam mall tu-----> tujuan nak tengok i phone 4.... tapi menarik la jugak iPhone 4 nih enh...rasa macam nak book 1 tapiiii....haishhhh masih belom berkemampuan lagi...

disebabkan aku tak mau tengok kawan aku sorang ni frust menonggeng tak dapat tengok magika, sudah nya aku gagahkan diri bawak dia pegi wangsa walk plak..rezeki dia laa..ADA tiket magika pukul 4.50 pm...sementara nak menunggu pukul 4.50 tu sempat la mengisi perut yang kosong ni kat ayam penyet api (kalo tak silap la)..sebenarnya tak penah makan ayam penyet, saja try taste kat situ...berbaloi jugak laa...


gedebuk gedebak dah nak malam, konon balik umah dulu..tapi lepas isyak sambung kua balik tapi kali ni dengan si pja ropol dengan ayam..ayamm? kitorang memang panggil dia ayam sejak dari sekolah lagi..melekat sampai sekarang...beradu tenaga la kami malam tu menyumbangkan suara kat song box wangsa walk (wangsa walk lagiiii..haishhhh)....


sampaikan hari ahad pun kitorang boleh lagi sambung g karok kat wangsa walk..memang betul2 balas dendam nih...tapi sangat seronok laaa spend time dengan kekawan sementara masih bujang ni kann..nanti dah kawin dah payah dahh nak merasa sume tu lagik...

oh ye! kelmarin pun kita pergi putrajaya 2 hari kursus situ..straight aku tak dok umah & opis! sakan sungguh nihhh....


ni jumaat ni sambung lagi..pergi kuala terengganu plakk...pastu cherating..pastu pd (port dickson ye) pastu langkawi...pastu penang balikk..fulamaakkk full jadual akak!! tak sabo nak g jejalannn..even penat tapi best dapat kua..


eh eh tak sedar panjang lebar dah merepek kat sini...hahaha suka hati aku laa..dah blog aku kann...


XXXXXX   L    o     V      E    xxxxxxxxxxxxxx




Tuesday, October 5, 2010

hati vs tamak

bercakap tentang hati selalunya perempuan paling banyak sekali terluka...termasuk la empunya diri ni..kenapa susah sangat nak setia..pelik pelik...

lagi satu yang paling tak faham, kalau dah ada gf tu kenapa still nak share story dengan perempuan lain..habis apa fungsi nye si gf tu???? sekadar peneman di kala senang? habis di kala susah???? dengan orang lain???

apa perasaan nye if gf ko pun buat benda yang sama..ada bf tapi share story/masalah dengan orang lain..what's the point korang kapel kalo tak bole nak share masalah/story sama-sama???

bagi aku lah, kalau dah nama pun kapel yang konon yang sehidup semati kawin sampai akhir hayat mesti lah aku sanggup nak share sume masalah dengan pasangan aku..takkan aku nak bia pasangan aku tu susah sorang-sorang...takkan time senang je nak bersama...

kadang-kadang rasa lelaki ni macam tamak pun ada..nak yang ni tapi tanak lepaskan yang itu...tak ke menganiaya orang namanya itu....stop la buat orang macam tu...jangan mainkan perasaan perempuan boleh?????

pagi-pagi lagi aku dah emo enhh....urghhh....







dan sebenarnya semua ni ada kaitan dengan aku sendiri...




tapi aku pun sebenarnya buntu....




dan terluka sangat....




~~~~~ 





Monday, October 4, 2010

episod 1 : berkelah di opis

seperti yang dirancangkan, aktiviti memasak dan makan di opis berjalan lancar pada jumaat lepas..rasa seronok jugak..ada 4 jenis hidangan lauk..kak waty bawa ayam masak kunyit dengan kacang buncis, maya bawa sambal kentang, shasha bawa sambal tempe dan aku sendiri masak tomyam ayam..tapi tomyam tu masak kat opis je..gambar lauk tak sempat nak amek sebab semua dah kelaparan..



tomyam ayam masak kat bilik stor..



tapi disebabkan terlambat start memasak maka waktu untuk sepatutnya makan pun jadi terlewat..kalau diikutkan plan asal, makan pukul 12 tapi time tu la baru nak start masak makanya pukul 1 baru dapat makan..kesian semua dah kebulur tunggu tomyam ayam nye...


sambal kentang maya

tomyam ayam


lauk pauk



aku yang sungguh lapar =p

pinggan shasha...licinnnn


tapi yang pasti semua sangat puas hati dan sangat kenyang...nak plak maya siap bawa desert lagi... =)







p/s : next time kita buat lagik enh kawan2 seopis ku sayanggg....