Monday, March 4, 2013

niqabis yang menjadi tumpuan - tak sengaja

sejak aku berniqab, ada banyak perubahan sekeliling aku..ada yang menjauhi (mungkin segan tapi percayalah kawan, aku tetap seperti dulu) ada yang mengkagumi (yang ni buat aku rasa tak sedap sebab aku biasa je)..ada juga yang minta nasihat (tapi aku bukan sapa sapa cuma boleh bagi kata nasihat berdasarkan pengalaman sendiri)

ada segelintir kawan aku teruja sebab katanye tak pernah ada kawan yang pakai niqab, di situ aku rasa terharu..dan sedikit sebanyak aku ajar diorang cara makan dengan pakai niqab memandangkan ramai nak tahu..nampak tak?aku bukan nak tunjuk riak serius aku tak alim mana, cuma aku happy sebab aku dapat ajar diorang, share info dengan diorang..kira dakwah la tu ek? alhamdullillah..

ada juga kawan -kawan yang free hair dulu minta nasihat untuk start pakai tudung..alhamdullillah, aku happy sangat sangat..dan aku perasan Allah hantar beberapa orang untuk aku sama-sama berubah ke arah yang lebih baik..cantiknya aturanMu ya Allah..

kelmarin, aku hadiri satu program yang mana aku rasa majoritinya pelajar institut pengajian islam..aku datang sorang sebab aku minat nak tahu, nak belajar..sambil tu aku buat sikit observation, cewah..

sedikit rasa ralat sebab aku tengok diorang tak mesra alam..hanya mesra sesama sendiri (maksud aku geng geng diorang aje)..dan tak berapa menghormati orang lain..

dan sebenarnya aku tak berapa gemar bila orang panggil aku "sister" sebab aku rasa macam biarawati bila panggil sister..mungkin la itu dah jadi kebiasaan buat diorang kot di kampus tapi bagi aku apa salahnya panggil kakak je..dalam bahasa melayu..kan comey?

berangin juga aku semalam tapi mujur pakai niqab tak nampak la mimik muka ambe, tu kelebihan niqab ye..ngee

ini pendapat aku secara peribadi, sukati aku la belog aku..labuhnya tudung tak bererti kau lebih hebat dari orang lain..iya kau telah jalankan perintahNya dengan menutup auratmu dengan sangat sempurna hingga kau compare diri kau dengan orang lain kn?..ko tak mampu nak hormat orang lain, ko tak mesra dengan orang lain selain puak ko je..itu ke islam yang ko prektikkan?

ko katakan dakwah tapi ko jauhkan diri dengan mereka yang konon nye lagho..pandangan jijik mu terhadap mereka yang kurang ilmunya..dan aku teringat ada seorang senior aku dulu pernah tegur kawan aku dengan memalukan dia depan lelaki kenapa tak pakai tudung labuh..start itu aku mula tarik diri dari salah seorang exco tu sebab aku tak suka senior tu, dia pun penah tegur aku secara sinis sebab aku free hair masa tu..sekarang aku wonder, mana senior tu sekarang.. 

ok, patah balik cerita pasal program tu..aku dikelilingi gadis gadis bertudung labuh la..tudung aku labuh sesedap rasa tp masih labuh lebih paras dada dan berniqab..ada la beberapa orang niqabis lain (semua pandang semcam kat aku, tak tahu la kenapa, maybe tudung aku tak selabuh paras pinggang macam diorang kot (jahatnye aku buruk sangka, maaf jangan ikut perangai buruk hat ni)..bila senyum buat tak tahu..sedih x muslimah gitu?)

yang paling aku rasa sadis, ada satu situasi ni yang mana aku beratur untuk naik lif, seorang muslimah ni terlanggar aku pastu dia marah berdengus kat aku..sedih tau..aku takde rasa nak marah balik tapi aku rasa sedih kenapa dia gitu..dan aku tak tahu kenapa korang dalam dewan tu perangai gitu..tu baru sorang, belum lagi yang dok marah aku pasal aku tak pakai tag nama, tak boleh ke tegur elok elok? sedih tau aku tengok korang perangai gini..kalo aku la lecturer korang, aku hantar korang prektikel kat tempat yang korang boleh belajar adab sesama manusia..lepas tu yang aku tak faham korang dah kenapa nak compare orang ni tere bahasa arab, tak tere bahasa arab..bahasa arab tu boleh bawa korang pegi syurga sangat sangat ke? ni nada aku memang marah sebab aku terasa..apa perasaan seseorang yang nak berubah ke arah lebih baik terdengar korang cakap camtu, korang rasa dia nak tak berubah? mestilah tak, dia akan jadi takut disisihkan macam aku disisihkan la..

dan semalam tengahari aku curi masa ke booth everlynn di putrajaya..dan kehadiran aku mencuri tumpuan sebab aku je berniqab kat tengah tengah alam tu..aku datang bagi sokongan je tapi yang datang dekat aku sebab nak bergambar pun ada, sambil tanya macam mana aku makan, minum..hukum pakai niqab..sedikit sebanyak aku share info jugak dengan diorang kat karnival tu..taktau la kenapa diorang teruja semacam semalam, nak kata aku retis..aku bukan..aku orang biasa je..ujian sekali lagi untuk aku kot ni..Allah nak uji sejauh mana aku tahan..

banyak lagi lah..ada juga saudara mara aku yang gelakkan aku pakai niqab tapi aku biarkan aje..sebab aku letakkan niqab ni sebagai sunnah..aku tak wajibkan ke atas aku niqab ni..ianya sunnah, dan aku ikut sunnah di samping dapat jaga wajah aku dari fitnah, diri aku dari fitnah tapi fitnah pun dah datang dari pelbagai sudut..selagi boleh bertahan, aku tahan la..demi Dia..

pada mereka yang nak berubah, jangan takut..dulu aku tangguh tangguh, sekarang aku mula nyesal kenapa la aku tangguh..better late than never kan?

kalau orang ejek ejek, takpe biarkan je..Allah kan ada, buat ape nak sedih..biarkan sedara mara kutuk ape pon, bia kan..sebab bukan diorang yang timbang kita esok kat sana..takde kaitan pun..biarkan diorang..kalau niqabis lain sisihkan korang, takpe biarkan jugak..takde sapa nak kawan? ni malaikat kiri kanan ada, Allah pun ada..apa susah?

bila kita jaga agama Allah, Allah tu jaga kita..benda simple jangan pening pening kan kepala..sebab hidup kat dunia ni ada perkara yang kita tak boleh nak fahami tapi terpaksa terima..ambe pom bukan lah alim sangat, biasa je tapi sentiasa nak perbaiki diri..untuk selamat dunia dan akhirat =)

kepada yang terasa, maaf lah deh..ini belog ambe, sukati ambe la nak tulis guane guane pom..kalo mu x puah hati, mu tulis la kat belog mu sendiri..

sekian~

3 comments:

  1. Assalamualaikum . Nice entry :) ukhti , sy baru berniqab . Sy nak tnye ukhti berniqab jgak ke bila bersama dgan sepupu/ saudara2 lelaki ?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ukhti...sy teringin nak berkenalan..

    ReplyDelete
  3. waalaikumusalam anonymous, berniqab sekiranya sy di luar bersama mereka tapi kalau dalam rumah sy tak pakai niqab cuma pakai tudung labuh sahaja..

    waalaikumusalam aqua gurl..bolehh mari la berkenal kenalan =)

    ReplyDelete