Tuesday, November 29, 2011

Tapi sayang..

tapi sayangggg (versi lagu salem)

entri ini tak ada kene mengena dengan lagu salem..tapi ada kene mengena dengan tudung fareeda aku..

disebabkan aku terlalu asyik menghabiskan duit beli tudung fareeda, maka bilik aku pun dah penuh da..bak kata mak aku, dah boleh buat kedai tudung bilik tu..

minggu lepas konon dah berjanji takkan beli tudung fareeda untuk sementara waktu sebab nak bajet space bilik + duit pun nak save jugak la kononnn kann..kalau dah nama pun konon, maka kompom la tak jadi punya..

tangan ni gatal je nak tulis BOOKED or SAYA NAK kat gambar gambar tudung tu..minggu lepas je aku dah rembat lagi 3 helai..menyirap je mak aku sebab aku siap pau dia lagi beli tudung tu...masalahnya aku ni suka jenis mawar ropol berbanding lain lain..

cuma ada la sehelai dua sara marisa, sara khadijah dengan selendang takde ropol tu entah apa nama dia lupa pulak..

okay memandangkan sara khadija tu aku sangat sangat jarang pakai..sekali je kot pastu tak pakai dah..aku dok pikir bila nak pakai sebab aku rasa macam makcik sikit bila pakai sara khadija..dah la muka aku macam makcik makcik jugak walaupun aku kategori snow white kan..

ditambah pulak ruangan dah sangat penuh..setelah pikir dalam dalam, jauh jauh, merenung malah bertapa kat katil tu dengan bermacam jenis style kan maka hati ini nekad untuk lepaskan sara khadija aku tu..


yelah dari aku simpan je bukan aku pakai pun..dari terbiar di pinggiran penyangkut tu baik aku lepaskan dia ke tuan baru yang boleh pakai dia selalu..baru la ia rasa dihargai betoi tak sara khadija? 

dan dengan seikhlas hati nyaaaa, aku tanya kat kakak aku dan dengan pantasnya dia terus jawab NAKKK..macam dah lama aim je ko kan kakk..siap terus sarung tadi lepas tu dia simpan balik hahahaha

mula mula rasa nak let go kat fesbuk..kot la ada orang nak tapi baik aku bagi dia..kalo aku rasa nak pakai, bule pinjam balik mihahahahahahahaha




FAREEDA...DRIVE U CRAZY OKAY..

KENE KEJE KUAT NIH UNTUK TAMBAH KOLEKSI MAWAR..HIHI

Monday, November 28, 2011

Kau nak menipu ye, awas kau ~

haa sejak dua menjak nih memang aku asek beremosi je keje nye..melalui hari hari sepi serta dugaan maha hebat tapi aku gagahi dengan penuh tabah walauuponn hatiku terluka teruk..drama kan ayat aku? 

nak dijadikan cerita, aku ni kan kategori snow white maka aku ni mudah lembut hati, syahdu , bijak , disukai ramai dan suka DITIPU ramai..

so 1 hari ni, ada la sorang customer ni mesej aku katanya produk skincare tu tak sampai lagi padahal aku dah pos lama dah 15 november 2011 aritu..aku pun naik hairan la pasaipa pulak tak sampai sebab orang lain punya sampai ja, padahal aku pos serentak dengan yang lain-lain punya..berkoyan koyan redah 7 sungai, 8 bukit nak pegi pejabat pos tu..

seingat aku laa, tak pernah ada customer komplen tak dapat barang cuma lambat tu normal la sebab teknikal problem ni aku memang tak boleh elakk..sesiapa yang berbisnes tu mesti paham punyee~

so aku tak boleh nak check kan sebab aku masa tu busy dengan tugas hakiki aku so aku cuma reply nanti aku semakkan untuk dia..dalam hati dah berdebar dah ni sebenarnye kan, jangan hilang sudah jenuh aku nak jawab..tapi kalo aku dah pos, bukan bawah tanggungjawab aku lagi kan kan kannn...

so, budak ni siap cakap "kesian u kena pos semula.."  haa pastu aku mula la semacam je ayat budak nih kan..lalu aku dengan gigihnya mesej sorang kakak nih , kakak ni kira banyak experience la dalam bisnes online nih kann..kakak ni bagi aku beberapa suggestion untuk track parcel tu..almaklum la aku ni lembab sikit..sikit je tau, selebihnya aku cerdik la jugak..

aku call direct pos laju..yang jawab lelaki dan aku terus tanya dia pasal parcel tu..nak tau lelaki tu jawab apa?

"PARCEL DAH BERJAYA DIHANTAR CIK, NAMA PENERIMA SITI FATIMAH I/C 73*************"


haaa masa tu aku memang rasa macam nak memfurmakila kan aje customer tu tauuu..kau apa motif nak tipu aku??? kau nak free sebab nak bagi adik kau ke..puiiii memang rosak la muka kau nak aniaya aku kannn..

selepas itu, aku terus SMS customer tu dengan tulisan HURUF BESAR semuanya sebab aku malas nak dengar suara, boleh naik kan darah aku sampai ke siling rumah je nanti..snow white tak bole garang garang camtu depan umum..buat kedut muka je nak marah marah ni

yang penting, selepas itu budak tu terus tak reply dah..haa takut takuttt..eleh aritu kemain kau ek..haa betul la tu nak cuba menipu tuh..awas ye sesiapa yang cuba cuba buat hal gini..


*AGAKNYE TAH BERAPA ORANG SELLER KENE DENGAN BUDAK NI..HATI HATI YE SELLER ONLINE*



Friday, November 25, 2011

sekali lagi

sekali lagi ianya rapuh

sekali lagi ianya lemah

sekali lagi ianya jatuh

sekali lagi ianya perlukan Allah untuk dikuatkan seluruh pelusuk nadi

sekali lagi ianya sangat sangat memerlukan semangat dan panduan dari Allah

sekali lagi ianya adalah sekeping HATI..

Wednesday, November 23, 2011

tawar hati

motivasi aku makin merudum menjunam macam harga saham..
serius! aku makin lama makin tawar hati, apesal tah..

sebab tu la tajuk nye tawar hati..ada sesiapa kat sini nak offer aku keje tak? jangan cakap orang gaji ek, awas kau kalo cakap jadi maid sepenuh masa..

tapi aku suka dengan keje bisnes aku ni..cuma wat masa nih aku tak boleh la jadikan itu sebagai kerja utama aku..sebab aku ada banyak komitmen okey walaupun aku belum kawin aku sangat terasa perbelanjaan nya sangat melampau..eleh cakap je la aku boros kann..aku bukan boros apa, aku bayar benda penting tauuuuuu..

setiap hari aku dok belek surat khabar mana tau kalo ada kerja lain yang lagi okay kann..tapi bila pikir balik kan, sebab ni la agaknya Allah cakap aku jangan kawin lagi walaupun aku dah menggeletis rasa nak kawin kan..hahaha.ada banyak benda aku tak selesai lagi..

haa ok lah aku nak prepare pegi mahkamah..bosan tau keje aku nih nak pulak buat benda yang aku memang tak minat langsung tapi terpaksa bertahan, aku teringat pulak kata kata ada sorang lawyer OKS ni kat mahkamah KL tapi aku lupa nama dia Mahesh ke apa entah..dia sejenis india ye..dia penah cakap kat aku, go and get what u want in your life before its too late..dia sendiri pun dah bosan jadi lawyer & nak beralih bidang..aku dah lama tak nampak dia, mungkin dia betul-betul dah beralih bidang..

Sunday, November 20, 2011

beauty products - Ladies stuff

suka cantik? suka tak? jujurnya, aku suka sangat..lepas tu aku memang suka sangat tengok perempuan cantik cantik nih..Allah pun suka kan kecantikan..

ok lah, straight to the point..ehemmm saya dengan ini mengumumkan sebenarnya adalah dealer untuk Ladies Stuff (abaikan ayat aku yang semacam ni)..siapa tu ladies stuff? haa ni lah tuan punya tanah kedaung iaitu

Lina Shaari
mula mula dulu kannn, aku try produk dia Cahaya tu..tu gambo sila tengok kat belah kanan tu nampak takk? masa tu dia siap cakap awal awal untuk serius buyer aje sebab masa tu belum dipasarkan secara meluas lagi..haa tere tak aku? lama kann aku folow produk dia..dari produk biasa biasa terus sekarang dah dapat kelulusan KKM lagi..kelasss tak?

Chahaya beauty aura nama produk tu sekarang nih..semakin lama semakin dapat sambutan yang aku sendiri tak sangka..alhamdullillah rezeki aku jugak bila ramai hubungi aku untuk beli dan terus pakai setia dengan chahaya nih..terima kasih ye..

dan selain itu, ada beberapa produk sampingan yang mana bagus hasil nya..kalau tak bagus, aku pun tak jual..aku pulak jenis suka try dulu sebelum jual kat orang sebab senang kalau nak menjawab nanti..plus nanti orang pun yakin je dengan kita, yelah sebab dah pakai kan dah tau hasilnya baru bole cakap..jangan asyik nak kaut untung je padahal kau tak tau langsung kesan dan tak penah guna pun..tah pape tah orang camni..antara produk yang ada dalam ladies stuff ialah :

mask collagen rm 11.90 / pc
Serum Oxygenerating rm 32 / ampoule @ rm240 / box
Vitamin E collagen softgel (sapu kat muka) rm 50 sebotol (20 kapsul)
dan ada lagi 5 serum bakal dipasarkan Januari 2012 ini..aku memang sangat ternanti nanti itu serum sebab aku nak try dulu..nak tengok apa hasilnya..lepas tu baru aku boleh promote kat kawan-kawan hihi

kalau lah ada yang tersinggah kat blog saya yang tak seberapa nih, jika ingin cuba sila sila lah hubungi saya..tak pun tu ha klik kat facebook badge saya tu..haa lagi sonang nak berurusan..jangan malu malu atau segan segan ye..

sekian terima kasih..

SNOW WHITE


Friday, November 18, 2011

kagum kagum dann kagum

mula-mula dulu tengok kat tv 9.. masa tu memang nak alih tv lain tapi tah macam mana cara penyampaian beliau menarik hati aku sangat sangat~

malah program beliau pun aku follow tengok dengan mak abah kat umah..tapi arini aku dapat tengok sendiri live depan mata..KAGUM SANGAT!

umurnya sebaya aku tapi ilmu agamanya buat aku rasa rendah sangat sangat..beliau tak ada la kacak sangat tapi mungkin kesan air wudhu' maka muka dia nampak manis sangat..bukan dia je..kalau tengok memana ustaz atau ustazah mesti rasa nyaman je, betoi tak..


beliau adalah






USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID




cara penyampaian yang kelakar tapi berdezup masuk ke hati..memang sesuai dijadikan ikon untuk golongan muda..moga moga dakwah beliau mendapat sambutan dan sedikit sebanyak mempengaruhi remaja kini untuk menjadi lebih baik..



Tuesday, November 15, 2011

cukup cukup cukup lah untuk bulan ini..!

hati mana nak tahan tengok kaler kaler tudung fareeda
T___T

aku dah rembat 7 helai kot bulan ni saja..berlubang purse aku..

mata ni tahan je tengok..takmo dah tengok page dealer fareeda tapi tertengok pulak..

ternampak pulak kaler yang selama ni aku cari tapi asek sold out..

dengan pantasnya aku TERORDER dan TERBAYAR untuk tudung ini..


dari fareeda majolica place..(facebook)

cantik takkk? cantik kann..haa pastu aku nangis bawah meja opis sebab over bajet shopping bulan nih..padan muka aku~

Monday, November 14, 2011

saat terakhir.

itu adalah saat terakhir aku berbicara sama kamu..kamu tau tak kenapa aku selalu buat begitu? aku tau kamu stress..aku tau kamu terlalu tension..aku sengaja menambahkan beban kamu sebab aku mahu kamu membenci aku..

maaf sebab aku memang tak mampu nak benci kamu..malah kenapa hati aku makin lembut sama kamu padahal kamu bikin aku terluka teruk sangat, sayang..tapi aku bisa memaafkan begitu aja..aku sengaja bangkitkan kemarahan kamu..aku sengaja memancing perasaan benci kamu..kerana aku mau kamu menjauhi aku sampai bila-bila..kerana aku sendiri tak bisa menjauhi kamu..

aku tak pernah ambil pusing tentang kisah lampau kamu yang itu kerana aku terima kamu seadanya..tapi ternyata kamu tidak sedari hal itu..kamu tidak nampak keikhlasan aku tapi kamu hanya nampak keburukan aku..

terima kasih atas segala cerca, memang itu yang aku tunggu..luahkan segala kemarahan kamu, kebencian kamu terhadap aku..itu yang aku perlu untuk keluarkan kamu dari diri aku..walaupun mengalir sedikit air dari kedua kelopak mata tapi itu sudah cukup kukuh untuk membuatkan aku segera menjauhi kamu kerana kamu sudah membenci aku..


apa yang aku khabarkan kepada kamu selama ini hanya lah penipuan yang aku reka demi membuat kamu percaya..

bencilah aku, sayang kerana itu akan membuatkan aku jauh..pergilah tempat kamu bukan di sisi aku lagi..pergilah kamu bukan milik aku lagi..pergilah kamu kepada dia yang kamu rasa mampu menjaga kamu lebih dari aku jaga kamu..


lupakan semua nya..mulakan hidup kamu yang baru tanpa aku..dan aku tanpa kamu sampi bila-bila...


meskipun jauh dalam lubuk hati aku tak pernah membenci kamu dan tak pernah berhenti merindui kamu tapi aku kena jalani takdir aku bahawa kamu bukan untuk aku..


sakitnya..

Sunday, November 13, 2011

sakit hati aku~

kalau sakit hati selalu buat apa? maki hamun? sumpah orang tu 7 keturunan? pendam je jiwa yang luka macam si cinderella tu?

aku macam biasa la spesis snow white..haa nak muntah la tu..huhh~
aku kalau sakit hati apa lagi, menangis je la keje aku..dok teriak kat tepi katil sambil tepuk tepuk dada kan..tragik kan aku nangis? tu tahap dah sentap sangat la tu..

setelah aku memaki hamun, sumpah seranah dan sebagainya tapi sudahnya aku yang menangis! apahalll?? tapi itu la aku sebenarnye..geram nih nak marah pastu lepas termarah aku yang rasa bersalah, bukan orang yang kena marah tu..terbalik pulak kan

aku tak suka tau macam ni sebab aku bukan jenis pemarah..bak kata abang aku, aku ni lembut hati beno..

tapi aku sakit hati..kenapa la kau ni jahat sangat haa...memang la aku pun jahat jugak tapi tak ada la sampai nak sakitkan kau macam mana kau sakit kan aku..kau tunggu laa..balasan kau..kau tengok laa..ikutkan hati memang nak je aku balas, tapi bila pikir balik dari aku aku dok tambah dosa macam si dukun degawan tu baik aku berserah je..


bia Allah tu balas kat kau..geram aku..aku nak tengok sampai mana kau boleh senang dengan sakitkan hati orang, aniaya orang..

masa tu baru kau tau apa aku rasa..

geram aku geram sangat kat kau lah~



contest contest! vote me~ haha

entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku suka beno gatal gatal masuk contest kat facebook..

bermula nya bila najjah open untuk customer of the month..aku suka juga baju baju najjah ni..ada juga la koleksi baju najjah kat dalam gobok aku tu..

aku dengan berani nya mesej terus ke najjah yang aku nak join..saja gatei..sampai la si fara deeba yang reply, ajak join..ngee aku pun apa lagi...

aku send la gambar aku pakai baju najjah..gamba macam kat entri sebelum ni..gambar full nampak baju..baju hijau ni baju najjah..cantik kan? kain dia pulak memang sedap pun..tak panas..jenis cotton yang sejuk tu...

lepas tu semalam pagi aku boring boring saja surf fesbuk tetiba aku terjumpa satu contest nih..pencarian ikon jjc ... tengok tarikh tutup semalam la.. saja try mesej owner dia sempat ke kalau nak join, SEKALI dia cakap SEMPAT..aku pun apa lagi hantar la sekeping sebab gambar lain semua kat pc opis hahahaha

gambar profile picture facebook aku je la yang ada..aku donlod then aku p hantar..

dan tadi tuan tanah kedaung (jjc) mesej aku cakap gambar dah upload dah boleh start voting katanye..VOTING tau bukan VOMITTING..walaupun aku suka kua kan statement yang bole buat orang mintak baldi nak muntah kan~ apa ayat bahasa aku kan, haa sila la keji..

so di sini pada tuan tuan, puan puan yang sepintas lalu membaca blog ini sudi sudi la vote saya ye di link ini


terima kasih tau pada yang sudi vote..dan pada yang vomit tengok gamba ni pun terima kasih la jugak..nak buat cemana aku dengan snow white tak boleh dipisahkan~ ok sekarang boleh cari baldi..toilet kat dapur, belakang sekali..

sekian terima kasih


muah muahh

Thursday, November 10, 2011

photo shoot~

semalam setelah berpakat dengan pidot, abang rosli dan fazila lee, berhasil la 1 sesi photo shoot di sekitar putrajaya..bagus tak ayat bahasa melayu aku?

sebenarnya aku nak masuk contest..wawawawawa contest najjah je pun iaitu customer of the month..saja gatal nak join..mana la tau kan..walaupun aku tak la secantik erra fazira atau rozita che wan tapi cukup lah aku semanis kurma je..kau mampu rasa manis gitu..

baru aku tau payah rupanye jadi model ye..panas betul lepas tu gambar aku banyak yang berkerut masam sebab aku tak tahan panas..macam mana nak senyum panas panas gitu..

ditambah lagi aku yang keras ni nak posing memang rasa janggal sikit..silap! janggal banyak! kalau takat posing gedik biasa tu bole la..ni posing ala ala model aku surrender yop!

tapi suka untuk aku abadikan gambar itu di sini sikit..wink wink

terima kasih banyak banyak kat fishartwork (pdot & abg rosli)..len kali boleh shoot lagi enh hehehehe dan juga mekap fazila lee





okey sekian terima kasih
p/s : jangan lupa vote saya nanti tau kat facebook..ngeee


*gadis lindungan bulan*

Sunday, November 6, 2011

sesuatu yang terbuku

diluah mati emak, ditelan mati bapa..
ada yang tak mengerti..
ada yang bosan untuk cuba memahami..
jika aku bongkarkan apakah kamu akan tetap berdiri disebelah aku?
atau kamu akan mengeji aku lalu menjauhi aku?

hanya Allah mengerti apa dalam lubuk hati aku..
ingin sekali aku berkongsi dengan kamu..
tapi aku takut..
apa aku akan disisihkan?
apa aku akan dipandang hina oleh kamu?

pada mata kalian ini adalah perkara biasa..
tapi kamu tak pandang aku dengan mata hati..
apa sebenarnya yang aku lalui..
yang aku ingin luahkan tapi tersekat di kerongkong..

bimbang kalian akan menyisihkan aku..
bimbang kalian akan membuang aku..

oleh itu, aku sendiri yang akan tanggung rasa ini..
tanpa berkongsi dengan kamu..
walaupun rasa macam mahu gila kepala ni menanggungnya..
hati ini seakan meroyan menanggungnya...
terpaksa lalui takdir akibat perbuatan hati sendiri..

sakitnya tak terungkap..
deritanya tak tergambar..
pahitnya tak terluah..
dibayangi sesuatu yang kalian tak terfikir langsung..
dihantui sesuatu yang kalian tak terjangka langsung..
dikejar bayangan lalu yang tak mampu untuk melarikan diri langsung..

kalau lah kalian mengerti apa yang aku tanggung..
kalaulah kalian mengerti berat yang aku tanggung..
bukan seperti apa yang kalian sangka..
memang mulut senang berkata..
apa kalian tahu disebalik cerita?

ada yang terus setia di sisi..mengerti saling menangisi..
ada yang bosan lalu menghindari tapi aku tak salahkan kamu..
kerana kamu tak tahu..aku sendiri tak kuat untuk ceritakan seluruhnya pada kamu,kamu,kamu...dan kamu

lalu di sini aku mengerti satu hal..
yang sebenarnya AKU SENDIRI..



Saturday, November 5, 2011

raya aidiladha.

esok dah nak raya haji atau raya korban..cerita pasal korban, memang tahun ni aku korban..korban hati nama nye..

malam ni aku minta yang istimewa sikit pada Allah..moga segala dosa aku diampunkan dan diikhlaskan hati aku untuk terima dugaan Dia yang agak hebat ni..aku cuma mahu hidup tenang, aman damai..

tipu lah tak de rasa sedih langsung..tapi sekuat hati akan aku tahan..pahit tapi mesti akan ada manisnya nanti..

raya tahun ni nampak gayanya aku beraya di sini (kuala lumpur) dengan mak abah..tapi tak tahu la kalau esok pagi tetibe deme ni nak balik tanjung malim..





sejenak teringat..rindu tapi aku kena cepat cepat hapuskan rasa ni..lily kuat!


salam aidiladha

Thursday, November 3, 2011

karma?

tau apa itu karma?

bukan kurma ye..KARMA

kurma ayam pon bukannn..KARMA laaa (sumber gamba dr google ye senah)

menurut kefahaman aku la, karma ni kalau kita buat baik, Tuhan akan balas baik..macam tu la sebaliknya..macam lagu wing hukum karma..tapi dalam islam aku tak pasti tentang hukum karma nih tapi bagi aku dalam mana-mana agama sekalipun sama la peraturan nye kan..buat baik balas baik, buat jahat mendapat la kau 1 hari nanti..tunggu je jangan nak happy sangat ye bila kau berjaya sakiti orang lain..awas kau balasan nye azab tahu tak..

ini ada kaitan dengan apa yang aku nak cerita..aku disakiti teruk sangat akhir akhir nih..kesian kan? kalau ikutkan hati, aku memang nak je balas..simbah asid ke upah orang bantai dia ke..atau SANTAU?
dengan kuasa bulan, aku menyantaumu~
kalau rasa nak kena laknat, sila la buat santau..kau gile, tak kuasa aku nak kumpul dosa besar! jadi aku serahkan semua kat Tuhan..aku tau Tuhan akan balas bagi pihak aku..aku amek langkah duduk diam diam je sakit hati..kalau nangis pun, nangis diam diam je kat belakang pintu stor..dalam hati tu terdetik juga ya Allah sakitnya hati aku..selagi sakit ni tak hilang selagi tu la hidup orang tu takkan senang..sampai laa aku dapat 1 mesej nih..

dia minta maaf sebab dia mula rasa hidup dia makin tak senang..dia cakap macam macam masalah yang timbul, mungkin akibat dosa dosa dia menyakiti aku..
sedikit sebanyak aku rasa kesian , sedih untuk dia..tapi aku rasa dah tawar hati..memang Nabi pun ampunkan umat..tapi aku bukan Nabi..hati aku ni asyik memaafkan dia sampai dia pun sewenang wenangnya buat aku rasa aku ni sampah...

tak ada niat pun nak tengok kau susah tapi aku nak kau mengerti apa yang aku rasa..
moga kau tak ulangi dengan orang lain..sekian

Tuesday, November 1, 2011

hobi baru : kumpul tudung fareeda

cakkk!! pernah denga kot pasal tudung ni? sebelum ni aku penggemar shawl yuna..sampai sekarang pun masih lagi penggemar setia..cuma kalau untuk ke opis aku lebih suka pakai tudung fareeda sebab aku nampak lebih elegan macam erra fazira walaupun kami tak seiras tapi kami sefesyen tau..ok, toilet belah kiri straight je kalau rasa nak muntah tu

tak sampai 3 minggu aku asek dok mengumpul tudung fareeda sampai dah dekat 7 helai tapi aku suka kumpul jenis mawar..apa itu jenis mawar? mawar itu jenis yang ada ropol ropol tu macam aku dok cite sebelum ni..tapi aku ada la juga koleksi yang biasa tu, apetah nama dia pastu sara marisa dengan sara khadija..kenapa koleksi tu semua macam nama orang ek..aku pun tak tau..yang aku tau tudung tu cantik dan aku suka menyedekahkan duit aku kat dealer-dealer fareeda kat 1 Malaysia nih..

al maklum lah aku ni jenis pemalas sikit nak pergi ke butik melainkan time aku rasa nak pergi, baru aku pergi..aku lebih suka shopping online, tau tau je dah sampai rumah..save duit minyak, tol dan tenaga aku..tenaga aku nih bukan murah nak buang buang gitu je..nak kumpul tenaga je kena bertapa 7 gunung, 5 bukit dan 3 sungai..kau mampu nak pegi bertapa macam aku..

dan ofkos la nak letak pic memakai tudung tudung fareeda tu kan..walaupun mak aku naik hairan sejak bila aku suka pakai yang ada awning nih sebab dulu aku asek cakap tudung awning ni macam makcik jual bakso je rupe tapi dia cakap gasak kau la, janji kau tak beli tudung ni pakai duit aku..sentap! baru nak pau tudung mawar 1 kat dia..cantik weh tapi tunggu bulan depan je la jawabnye..kalau aku gigih beli jugak, orang lain lunch makan nasi aku kutip rumput depan opis ni ha sebagai lunch kangg..  T___T nak tudung tu nak tudung tu..belikan voleyy?




lokasi bergamba semua di tempat aku di opis..kahkahkah sama je pesen nye kan..

oh ye kalau ada yang tersinggah sini, aku ada juga jual benda ni


aku jual harga promosi murah punya..jangan risau ni ori okey..aku pun suka minum..harga? kat kedai rm59.90 kan? paling murah dapat rm 55 kan? haa dengan aku boleh dapat rm 50..apa?? 50?? iye, rm 50..tak termasuk pos la kalau ada yang duk luar kawasan cod..kalau berminat mari lah cuba..sedap~